Friday 25 January 2013

Aturan pemakanan produk Attitude Therapy


Nasihat sebelum menggunakan produk Attitude Therapy

Attitude terapi sentiasa memberi kesedaran sebelum memberi ubat. Jika pesakit merasakan ubat adalah segala-galanya dalam menyembuh penyakit maka matlamat utama tidak tercapai. Semoga kita bertambah iman dan bertambah bersyukur pada nikmat kesihatan yang selama ini melupakan kita pada Yang Maha Pemurah. Di antara nasihat yang diberikan ialah:

Pertamanya, sangkaan perlu dibetulkan bahawa kuasa penyembuhan adalah 100 peratus adalah dengan keizinan Allah swt. dan Allah swt tidak memerlukan apa-apa perantaraan untuk menyembuhkan penyakit, cukup sekadar Allah kata "jadilah" maka jadilah ia. Ikhtiar adalah diwajibkan dalam mencari penyembuhan dan mendapat pahala. Dalam berikhtiar perlu menjaga nilai syara' dari segi halal dan suci. Jika keyakinan kuat pada Allah swt. tidak ada yang memudaratkan melainkan dengan izin Allah swt semata-mata.

Kedua, niat adalah tenaga terkuat yang menjana penyembuhan penyakit. Oleh itu dalam merawat diri mulakan dengan niat untuk sembuh kerana Allah semata-mata.

Ketiga, sertakan setiap ikhtiar dengan memanjatkan doa kepada Allah swt. agar Allah swt perkenankan doa orang yang berdoa untuk sembuh.

Keempat, dalam berusaha mencari penyembuhan hendaklah yakin 100 peratus kepada Allah swt. yang maha Pemurah, Penyayang dan Yang Maha Kaya.

Kelima, bila berubat, buatlah dengan penuh harapan dan takut pada Allah swt. Sikap bersungguh-sungguh dalam berubat akan memberi hasil yang memuaskan dalam proses rawatan.

Kelima-lima panduan yang diberi akan membimbing pesakit mencapai kekuatan dalaman untuk merawat diri. Kesembuhan yang dicari akan membentuk sifat positif dan kesihatan dari dalaman.

No comments:

Post a Comment